Seperti yang telah dijanjikan, saya telah menyediakan Dinamik Special Report untuk bulan Feb 2012 ini.
Ianya bakal disebarkan dan boleh didownload secara percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat asalkan ianya tidak diubah kandungan dan juga linknya.
Ianya bertujuan untuk perkongsian ilmu, pengalaman dan pengamatan dalam dunia ebay, ebook dan juga ecommerce.
Apa yang terkandung di dalam Dinamik Special Report bulan ini ye?
Baiklah, saya telah sediakan beberapa panduan dalam 3 bahagian ini dan kandungannya adalah:
Bahagian 1: eBay
9 Proses Penting Yang Membolehkan Anda Membina Bisnes eBay Anda Dengan Mudah
Bahagian 2: ebook
Apakah perubahan terkini yang sedang melanda penggemar dan pembaca buku di dunia ini?
3 Niche Ebook Yang Memang Menguntungkan
5 Langkah Mudah Bagaimana Anda Boleh Dapatkan Idea-Idea Untuk Menulis Ebook Pertama Anda
Bahagian 3: ecommerce
Ecommence telah mengubah cara perniagaan Mahligai Firdaus
Di sini saya akan berikan permulaan Dinamik Special Report ini:
BAHAGIAN 1: eBay
- 9 Proses Penting Yang Membolehkan Anda Membina Bisnes eBay Anda Dengan Mudah
Saya telah menjalan Survey tidak lama dulu tentang masalah yang dihadapi oleh ramai peminat eBay atau newbie yang merancang hendak memulakan bisnes eBay mereka. Secara purata, sebahagian besar dari mereka tidak dapat memulakan bisnes di eBay hanyalah disebabkan mereka pening dengan proses melaksanakan bisnes eBay yang sebenarnya simple sahaja!
Ini amat mengejutkan saya kerana di pasaran, terdapat banyak blog, video, ebook atau panduan percuma yang mengajar perkara-perkara asas ini yang mana ianya TIDAK SEPATUTNYA menjadi PENGHALANG kepada sesiapa sahaja di Malaysia untuk memulakan jualan atau bises eBay mereka.
Selain dari perkara-perkara asas seperti mendaftar akaun eBay, Paypal dan Verifiedkan akaun Paypal, terdapat banyak lagi perkara-perkara lain yang amat penting yang anda perlu lakukan seperti listing, follow up dan lain-lain yang perlu.
Jika anda salah seorang dari mereka, mari saya tunjukkan apa yang anda perlu lakukan untuk memulakan Bisnes eBay anda tanpa perlu bertangguh-tangguh lagi.
Rakan-rakan,
Secara ringkasnya, terdapat sembilan proses yang anda perlu lakukan semasa anda memulakan dan melaksanakan bisnes eBay anda.
Ianya adalah seperti di bawah:
Proses Pertama – set up akaun eBay serta set up dan verified akaun Paypal Premier anda
Proses Kedua – buka akaun mendapatkan service dan software pengurusan bisnes eBay anda dari pihak ketiga (jika anda tidak mahu membuat listing direct dari eBay)
Proses Ketiga – dapatkan 20-30 Feedback Positif untuk membina keyakinan dan kepercayaan pengunjung dan pembeli.
Proses Keempat – pilih niche dan dapatkan barangan anda
Proses Kelima – buat listing dan tentukan strategi jualan anda
Proses Keenam – buat relist, pengurusan stok dan pelupusan stok jika anda masih tidak mendapat jualan
Proses Ketujuh – buat Follow Up dan servis pembeli jika ada jualan untuk mencegah Feedback Negatif
Proses Kelapan – kembangkan bisnes eBay anda dari plafform eBay anda ke lain-lain platform
Proses Kesembilan – duplikasi bisnes ebay anda jika anda masih ingin menggunakan eBay sebagai platfrom jualan anda
Buat permulaan, anda perlu fokus dan laksanakan proses pertama hingga ke proses keempat. Jika anda lakukan sebegini dan setelah empat proses ini selesai, barulah anda tidak rasa ‘lost’ dan rasa bersemangat untuk menyambung usaha anda ke proses yang kelima dan seterusnya.
Untuk membantu anda seterusnya, mari saya terangkan empat proses yang anda perlu lakukan ini.
Proses Pertama – set up akaun eBay serta set up dan verified akaun Paypal Premier anda
Untuk pengetahuan anda, cara untuk membuka akaun eBay, Paypal dan juga membuka akaun Paypal Premier boleh anda pelajari secara percuma sahaja. Ianya begitu banyak dipaparkan dalam video-video di Youtube.
Sebagai contoh, anda boleh lihat bagaimana cara untuk set up akaun eBay set up dan verified akaun Paypal Premier pertama anda melalui 2 video ini.
Saksikan:
Bagaimana nak set up akaun eBay anda
Akaun Premier Paypal dan Verified Akaun Paypal anda
Untuk seterusnya, sila download Dinamik Special Report ini sekarang:




thank you
How to download?
Subscribe kat form kat bawah artikel. Terima kasih.