Ya, kenapa ebay, ebook dan ecommerce?
ebay
Saya telah mengambil jalan yang jauh, susah serta memenatkan dengan peratusan peluang yang amat rendah untuk berjaya membuat duit USD di Internet. Jalan yang jauh dan susah ini adalah seperti ini:
Buat research —-> Buat laman web —-> Buat optimisation —–> Cari trafik —–> Cuba dapatkan Jualan
Dengan cara ini, penggunaan masa, tenaga dan usaha akan banyak dihabiskan untuk mendapatkan trafik dan lebih memenatkan apabila usaha yang konsisten terpaksa anda lakukan untuk mengekalkan trafik. Tanpa trafik, anda akan sukar mendapat jualan.
Jika anda menyangka yang dengan memiliki sebuah laman web berdasarkan satu niche hebat dan kurang persaingan, anda akan dengan mudah membuat pendapatan – anda silap. Dan jika anda meyangka yang dengan membuat optimisation serta design laman web anda yang tip-top anda akan berjaya membuat jualan – anda memang silap!
Anda boleh saya ibaratkan seperti membuka kedai di tempat yang kurang pengunjung. Disebabkan itu, anda berusaha sedaya upaya membuat promosi dan mengiklan untuk mengajak orang ramai ke kedai anda. Bukankah ini satu usaha yang memenatkan? Dan bukankah ini satu jalan yang amat panjang perjalanannya? Dan berapa lama anda boleh mengekalkan jumlah pengunjung ke kedai anda? Cukupkah masa anda untuk melakukan promosi dan pengiklanan secara berterusan sebegini?
Jadi, kenapa anda tidak membuka kedai ditempat yang terdapat ramai orang lalu-lalang atau di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai? Bukankah dengan dengan cara ini anda akan lebih mudah mendapatkan jualan?
Dan di manakah tempat yang paling sesuai di mana terdapat jutaan orang ramai lalu-lalang dengan niat untuk membeli selain dari ebay? Dan di manakah tempat yang paling pantas yang membolehkan anda untuk membuat pendapatan dalam USD selain ebay?
Cara yang amat sempoi dan pantas yang saya telah gunakan:
Dapatkan produk —-> Buat listing —-> Dapat jualan
Ianya sepantas 2-3 minggu sahaja. Saya macam tidak percaya. Pertama kali ada email dari Paypal yang duit USD masuk ke akaun Paypal saya!
ebook
Ini adalah jalan yang paling mudah untuk anda untuk menjadi seorang Publisher di mana anda tanpa perlu ke hulu ke hilir mencari editor, penerbit atau merayu kepada kedai-kedai buku. Anda dapat lakukan penerbitan ebook anda sendiri tanpa memerlukan modal yang besar. Dan anda boleh terbitkan ebook anda bila-bila masa yang anda mahu. Anda mengawal hampir segalanya.
ebook ciptaan anda adalah hak anda, aset anda dan anda sebenarnya telah mencipta aset yang bernilai yang anda boleh jual hampir tanpa menggunakan modal!
Buat pengetahuan anda, kurang dari 4 tahun Amazon mula menjual ebook, pada 19hb May 2011, Amazon mengumumkan yang jualan ebook di Amazon telah pun mengatasi jualan buku-buku yang dicetak. Dan Amazon juga telah menjual 3 kali ebook pada tahun 2011 berbanding pada 2010.
Dan yang pasti, trend ini akan berterusan meningkat dari tahun ke tahun di sebabkan lebih ramai pengguna yang akan menggunakan gajet mobile seperti tablet dan smart phone (iPad, Galaxy Tab, Playbook, iPhone, Blackberry dan lain-lain). Kalau di US, pengguna di sana lebih banyak menggunakan Kindle.
Malaysia nampaknya juga tidak akan terlepas dengan trend ini.
Jadi, kenapa tidak anda terfikir untuk mencipta aset, pendapatan dan kekayaan dengan ebook?
ecommerce
Seperti yang saya telah nyatakan di perenggan di atas, anda akan mengambil jalan yang jauh, susah serta memenatkan dengan melakukan langkah-langkah seperti ini:
Buat research —-> Buat laman web —-> Buat optimisation —–> Cari trafik —–> Cuba dapatkan Jualan
Jadi, jika ini bukan caranya, apakah jalan yang lebih pantas untuk anda mengambil peluang dengan ecommerce?
Jalan terbaik yang saya telah lakukan adalah dengan membantu peniaga-peniaga atau usahawan offline. Bantu mereka memudahkan operasi perniagaan serta mempromosikan perniagaan mereka melalui penggunaan Internet.
Anda akan terperanjat kerana anda akan dapati rata-rata peniaga-peniaga dan usahawan ini tidak langsung menggunakan kemudahan Internet dalam menjalankan operasi perniagaan mereka.
Anda juga akan terperanjat kerana anda akan dapati bahawa peluang untuk anda menjana pendapatan amat luas dan hampir-hampir tiada saingan langsung.
Bermulalah dengan rakan-rakan anda dan orang-orang yang anda kenal terlebih dahulu.
Sebagai contohnya, saya pernah membantu seorang rakan saya yang menjalankan perniagaan berasaskan acara menjimatkan kos pengiklanan perniagaan beliau.
Ianya berkalu secara tidak sengaja sewaktu beliau mengeluh yang kos pengiklanan perniagaan beliau di akhbar menjangkau RM3,600 untuk setiap 21 hari sedangkan jualan masih tidak menentu.
Saya cuba membantu dengan mencipta dan menguruskan blog perniagaan beliau. Alhamdullillah, selepas 4 bulan, beliau mula mendapat jualan bertalu-talu setaip hari tanpa beliau perlu mengiklan di akhbar.
Saya ambil kesempatan ini dengan mencipta pula satu laman web untuk perniagaan beliau yang boleh membantu menguruskan pendaftaran peserta acara beliau dengan mudah secara online.
Alhamdullillah, sehingga kini beliau tidak lagi perlu menghabiskan modal RM3,600 setiap 21 hari untuk mempromosi perniagaan beliau.
Apa yang saya perolehi dengan bantuan saya terhadap perniagaan rakan saya ini?
1. Saya mendapat upah membina blog perniagaan beliau (anda boleh upah orang lain jika anda tidak tahu membuatnya – amat mudah dibina menggunakan WordPress).
2. Saya telah menjual laman web yang sesuai untuk perniagaan beliau sedangkan modal cumalah beberapa RM sahaja ((anda boleh upah orang lain jika anda tidak tahu membuatnya – amat mudah dan pantas membinanya menggunakan XSitepro).
3. Beliau akan membayar domain dan sewa hosting kepada saya setiap tahun sedangkan hosting adalah kepunyaan orang lain di mana saya meletakkan sedikit caj untuk domaian dan sewa hosting.
4. Beliau memberkan peluang kepada saya untuk membuat blog dan laman web untuk agen-agen perniagaan beliau yang mana saya sering kali menolaknya kerana tidak cukup masa untuk melayan permintaan agen-agen beliau.
5. Saya juga mendapat wang sewaan Aweber (autoresponder) yang saya caj RM5-RM10 sebulan kerana menolong memasang Form Aweber dan menguruskan hal-ehwal list email beliau.
Bukankah ini lebih bagus dari membuat laman web dan mencari trafik untuk mendapatkan jualan?
Anda boleh melakukan apa sahaja model bisnes Internet anda yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan anda, tetapi nasihat saya,‘YOU’LL GET’ MORE BY FOCUSING LESS’.
Jadi, inilah sebab saya amat meminati ebay, ebook dan ecommerce!




Alhamdulillah setakat ini saya juga sudah bermula dengan ebay & ebook. Insyallah untuk tahun 2012 nanti akan lebih cuma ecommerce pula. terbaik artikel ni.
maizul.com recently posted..3 Sebab Utama Menyimpan Bullion Perak
Semoga tuan Maizul akan lebih successful pada tahun 2012. Saya dapati begitu ramai peniaga dan usahawan yang langsung tidak menggunakan Internet. Bantu mereka, tuan Maizul..
salam….
ebook bisnes mainan sir mmg best..mmg saya rekemen dekat kwn2 saya.
saya still tunggu emel dari sir..:(
Terima kasih banyak-banyak. Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 ye..
Assalamualaikum Incik Affendi umi (hadijah sidek) sangat berharap semoga dapat membantu umi dim menambahpulih kan laluan pelanggan ke kedai umi…di pltinuim walk. . akhir ini agak lembab . Khidmat nasihat sangat di perlukan, terima kasih .
Walaikummmussallam. Umi buat perniagaan apa ye di Paltinum Walk? Office saya dan adik saya ada kat atas je C2-2 Platinum Walk.